Saturday, January 9, 2010

Saudariku

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga ,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu;
namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sang kumbang .......
tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan
dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah ......
umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan
nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah
mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...
sesiapa yang inginkan kebaikan
maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku
engkau mesti punyai azam ,
usaha dan istiqomah..........

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu
maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita".

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah
telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia
dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,
itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah,
kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi
sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu
tidak kerana Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu ,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga
lalu mengalami proses pembentukan yang
direncanakan oleh Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan
dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta
dan kasih pada penciptamu............

Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi
cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki
dan abadi kerana hati yang pecah
dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak
dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah
sudah pasti ia akan bertaut kembali..
Dalam seusia mu
sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu
mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu
bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi
iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan
kebahagian yang abadi untuk seseorang insan ,
kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu
gagal , kecewa , menderita dan terseksa,
oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA,
CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN
MAHARNYA......"

No comments:

Post a Comment