Saturday, January 9, 2010

Patani Merayu kepada Bangsa Sendiri.

August 22, 2007
Alhamdulillah setelah bermacam-macam usaha dibuat oleh penjajah Thai untuk melemah kan kebangkitan rakyat Patani maha suci allah lebih berkuasa. Setelah orang-orang kampung ditangkap dan dibasuh otak di kem-kem tertentu dengan kerjasama pengkhianat-pengkhianat bangsa dan ugama, mereka juga berusaha dengan berbagai cara-cara lain. Yang jelasnya mereka tidak bersendirian sekarang. Mereka ada pengkhianat-pengkhianat saperti Nik dir waba, Dr Ismail Lotfi dan penggiat-penggiat wahbi nya, Dr kamil hj Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Dana Hidup Baru, Dr wan kadir Patani. Itu antara tenaga dari dalam negeri yang bekerja keras untuk menghancurkan perjuangan jihad rakyat Fatoni Darul Salam. Mereka-mereka ini antara sekutu-sekutu syaitan yang berpayung secara terang-terang di bawah naungan pemerintah Buddha Thai. Dr Ismail Lotfi ketua Wahbi Patani agak licik.
Dia hanya melepaskan penyokong-penyokong yang bodoh ka Malaysia untuk berjumpa dengan tokoh-tokoh Fatoni disana dan memujuk mereka menerima rancangan Thai-Malaysia yang sedang hangat di perkatakan ini !!!.(Kerja orang-orang wahbi ini serupa dengan pengasas mereka iaitu Muhammad Abdul Wahab. Mereka lah yang bekerjasama dengan penjajah Inggeris menjatuhkan kerajaan othmaniah dan meruntuh kan benteng Islam Mekah dan Madinah dan menyerah kan nya ka tangan bapa-bapa mereka Amerika-Israel melalui kuncu-kuncu nya bani Saud).Mereka-mereka ini menuduh pejuang-pejuang membunuh orang-orang tidak berdosa(Tentera Penjajah Thai?). Mereka menghasut para guru-guru ugama dan rakyat supaya membenci pejuang-pejuang.
Apakah mereka sudah lupa apa yang di laku kan oleh Siam di KRISIK DAN TAKBAI? Siapa yang akan membela darah-darah orang Patani yang di bunuh tanpa senjata itu?
Mereka juga ada orang luar si laknatullah Sheikhul Islam Mesir, Tantawi yang telah mengeluarkan fatwa boleh dibunuh pejuang-pejuang Islam yang menentang tentera-tentera penjajah Thai!!! Kesemua mereka ini adalah antara-pengkhianat-pengkhianat yang telah di temui oleh pihak Task Force 2010 yang tertubuh hasil daripada perjanjian kerajaan Malaysia dengan penjajah Thai. Matlamat nya untuk menghentikan kebangkitan rakyat yang sedang bergelora sekarang. Kebangkitan rakyat yang sudah bermula sejak dari perjanjian Anglo-Bangkok 1909 !!
Mereka-mereka ini sudah termakan dengan helah Siam (yang di lahirkan dengan kepakaran menipu) yang pintar itu. Mereka meng klaim kan bahawa mereka sudah dapat menunduk kan orang-orang Thai dalam perundingan dan berjaya untuk tolong orang-orang fatoni.
Sebenarnya anak-anak muda yang baru belajar politik pun ketawa dengan alasan bahawa mereka nak tolong fatoni. Kenapa bersungguh-sungguh sangat sekarang (setelah minyak ditemui dilaut Patani)? Sedang kan orang-orang Patani telah merayu sejak dari zaman Tengku Mahmud Muhyiddin lagi tapi penjajah Inggeris dan pemerintah berikutnya tidak ambil peduli. Apa kah sikap kerajaan Malaysia terhadap hampir setengah juta orang-orang patani yang berada di Malaysia. Kenapa sekarang baru nak tolong Fatoni?
Kalau bangsa Arab yang bangang tu boleh menganggap perjuangan Palestin adalah perjuangan Arab kenapa negara-negara melayu serantau tidak boleh berbuat demikian.
Sekurang-kurang nya tidak menghalau orang-orang Patani saperti kambing liar. (Kenapa orang-orang Patani tidak dipanggil dengan nama Patani? Kenapa harus di panggil mereka dengan orang Selatan Thai? Atau orang Thai? Kami bukan orang Thai kami orang Patani. Orang Thai berugama Buddha!! Kami berugama Islam! Jangan menghina bangsa sendiri. Betul kami belum maju saperti Malaysia tapi sekurang-kurangnya kami tak rela Negara kami di jajah oleh bangsa lain.)
Adakah kerana nak jaga perpaduan Asean yang juga bimbang bahawa kebangkitan ini akan meng akibatkan terbentuk sebuah kerajaan Islam di rantau ini? Kebimbangan ini adalah kebimbangan yang sama berlaku keatas Palestin. Di Palestin mereka bimbang kan Hamas. Di Patani juga mereka bimbangkan Hamas Patani juga?
Mereka menggunakan hampir taktik yang sama untuk mengganyangkan kebangkitan Islam di Palestin dan di Patani. Kalau di Patani mereka mematikan api letrik lebih dua minggu untuk menghukum orang-orang kampong (di Lampaya) di Palestin juga mereka telah mula mematikan bekalan letrik di Gaza.
Kalau zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dahulu mereka menangkap dan memenjarakan pejuang-pejuang kemerdekaan demi untuk memboleh kan anak-anak didikan mereka mengambil tempat memujuk hati rakyat. Nampaknya di Patani pun mereka akan mengulangi strateji tersebut. Mereka telah pun melepaskan khabar-khabar angin untuk menangkap orang-orang tertentu yang berada di Malaysia atau menghalau mereka yang tidak menyokong (bukan menentang) perdamaian dengan penjajah Thai. Ini untuk memudahkan mereka mendidik dan memberi peluang kapada orang-orang pilihan mereka menerajui Patani nanti.
Percaya lah mereka tidak hanya berdepan dengan empat atau lima orang sahaja tapi mereka akan berdepan dengan satu kekuatan yang maha dahsyat yang datang dari allah swt. Kekuatan yang mereka tidak pernah duga dan sangka sama sekali. Kebangkitan ini sudah tidak dapat di bendung lagi. Ianya perancangan ilahi. Bermula dari pembunuhan beramai-ramai di krisik dan massacre di TAKBAI kebangkitan ini akan berakhir dengan terasas nya kerajaan yang adil kapada semua ugama dan bangsa dan tidak akan menyusahkan jiran-jiran yang ada. Kebangkitan ini hanya mendapat bantuan eklusif dari langit!!
Kenapakah harus di paksa orang-orang Patani supaya menerima perkara-perkara yang tidak di bincang dengan mereka?. Kenapa harus dibuat ala Mahathir di Langkawi. Paksa orang-orang Patani menandatangani sesuatu yang tidak di persetujui mereka!!. Orang-orang Patani ni bukan lah susah sangat untuk diajak berunding. Tapi ianya hendaklah dilakukan di meja bundar secara menyeluruh. Bukan nya dengan menemui dan memaksa seorang demi seorang untuk menerima keputusan yang telah di buat.
Adakah Malaysia dan Thailand mahu penyelesaian yang hakiki dan jangka panjang atau penyelesaian sementara yang akan meng akibat kan perpecahan rakyat Patani. Penyelesaian yang sementara Ini akan menggoncang kedudukan ASEAN sendiri. Jangan di harap mereka dapat meratah kekayaan Patani dengan mudah kalau ianya tidak di restui oleh rakyat Patani. Sekali lagi kami merayu kapada mereka-mereka yang ingin menyelesaikan masaalah Patani. Berbincanglah dengan kami walaupun terpaksa memakan masa yang panjang. Dapatkan konsenses dari semua puak.
Patani boleh aman kalau dibiarkan orang Patani menentukan nasib sendiri.Jangan memaksa orang-orang Patani cari alternatif lain. Cepat sebelum terlambat.
ALLAHU AKBAR 1 ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR!
PATANI AKAN BERJAYA. ALLAH BERSAMA MU.
KETUANAN PATANI HAK MELAYU-ISLAM
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD
WA AALI MUHAMMAD.

No comments:

Post a Comment