Wednesday, January 6, 2010

Nikmatnya Menjadi Tetamu Allah

Selagi bernama manusia
pasti akan dicuba
salah dan silap pastinya ada
tak terlepas dari dosa dan noda
usahlah mudah merasa mulia
bahawa taqwa sentiasa di dada
begitu hampir dengan yang esa

Selagi bernama manusia
berbagai perasaan akan dirasa
gembira sedih dan kecewa
silih berganti berselang masa
bila gembira..
jangan lupa saat berduka
bila sedih dan kecewa..
ingatlah saat gembira
akan menjelma

Selagi bernama manusia
hasad dan dengki pastinya ada
jatuh menjatuh sesama saudara
tekan menekan bila berkuasa
egonya tak terkira
jangan cuba bersuara
buruk padahnya

Selagi bernama manusia
janganlah mendabik dada
ingatlah..
kuasa mutlak di tanganNya
Dia boleh memulia
Dia juga bisa menghina

Selagi bernama manusia
wanita harta dan takhta
sentiasa jadi buruannya
hingga tiba saat dan ketika
dijemput ke alam baqa.

Selagi bernama manusia
segeralah kembali ke jalanNya
bila berbuat dosa
bila menganiaya sesama manusia
kerana saat dan ketika bertemuNya
tak mampu diduga
bisa menjelma tiba-tiba
jangan nanti menderita
di alam sana..
yang kekal selamanya

No comments:

Post a Comment