Friday, January 8, 2010

Lelaki Tua

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga
orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben danketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah
Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si
polan ini sayang juga dengan Anis.


Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty)
dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal
kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini
ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya
kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung, raja yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa
pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa
yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak
pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab
Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja
lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang
disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulauseberang. .Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yangdijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari
kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu
jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang
disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah
ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah
ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya keranatidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja
untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar
rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya
mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan
hujan lebat pun turun.Terkial- kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan
si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Dimana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang
dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis
tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang
lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment