Saturday, January 9, 2010

Masjid Kerisik: Thai Tingkat Kawalan

BANGKOK 27 April - Pihak berkuasa Thailand diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan serangan puak pemisah di selatan sewaktu ulang tahun keempat serbuan ke atas Masjid Kerisik di Pattani, esok.

Jurucakap tentera, Kolonel Akara Thiprote berkata, perisikan mendapati puak pemisah merancang melakukan serangan sempena ulang tahun insiden yang meragut lebih 100 nyawa itu.

Dalam peristiwa 28 April 2004 itu, beratus-ratus penduduk Islam di selatan bertindak menawan masjid tersebut dan pihak berkuasa telah membunuh 107 penduduk yang dipercayai anggota puak pemisah dalam serbuan balas.

Peristiwa itu dianggap pencetus kepada kebangkitan semula pejuang pemisah di wilayah didominasi oleh penduduk Islam iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat.

Penduduk di wilayah itu mendakwa mereka dilayan sebagai warga kelas kedua oleh kerajaan yang dikuasai oleh penduduk beragama Buddha.

- AP

SUMBER:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

No comments:

Post a Comment