Tuesday, November 3, 2009

MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA


Pengenalan

Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.

Masyarakat Islam di Melaka

• Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.

• Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial.

• Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.

Pengelasan Masyarakat

• Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.

• Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.

• Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.

• Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.

• Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.

Hukuman

• Setiap golongn itu adalah berbeza.

• Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.

• Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.

Demografi Penduduk

• Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.

• Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.

• Rakyat - kaki bukit.

• Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat

• Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.

• Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman.

• Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat.

• Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.

• Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara.

• Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.

• Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

Adat-istiadat dan Peraturan

• Bercanggah dengan ajaran Islam.

• Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.

• Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri.

• Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Filipina

• Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.

• Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.

• 1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.

• Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.

• Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.

• Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.

• Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

Masyarakat Islam di Pattani

• Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.

• Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.

• 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.

• Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani.

• Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

Masyarakat Islam di Jawa

• Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.

• Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.

• Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.

• Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.

• Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.

• Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.

• Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.

• Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment